Mengenai Kami
Mengenali sejarah, visi, misi dan barisan kepimpinan syarikat.
Sejarah Syarikat
Usima Sdn. Bhd. telah diperbadankan pada 23hb Oktober 1990. USB telah berkembang dengan kukuh sebagai kontraktor berprestasi tinggi dalam pembinaan bangunan dan kerja-kerja awam. USB telah berjaya memperoleh pengiktirafan dari CIDB pada 19hb September 1996 dengan adanya ahli lembaga pengarah dan kakitangan yang berdedikasi dan komited dalam bekerja.
Pada 20hb Ogos 2007, USB telah dianugerahkan sijil ISO 9001:2008 yang berprestasi tinggi dan kini sijil ISO tersebut telah dinaik taraf kepada ISO 9001:2015 yang bermula pada tahun 2016. Anugerah ini secara tidak langsung menjadi sumber inspirasi kepada USB untuk terus berusaha bagi mempertingkatkan kualiti dan taraf kerja yang akan dilaksanakan kepada para pelanggan.
Pada 19hb Mei 2014, USB telah dianugerahkan "International Construction Award". Anugerah ini selayaknya dimiliki oleh USB kerana komited dalam menjaga kualiti perkhidmatannya dalam kalangan kakitangannya. Sehingga ke hari ini, USB telah berjaya melaksanakan projek bernilai lebih dari RM 800 Juta kepada para pelanggannya.
Kebolehan syarikat untuk melaksanakan pembinaan bangunan, kerja-kerja infrastruktur, kerja jalan dan kerja elektrik adalah dengan adanya kakitangan yang komited dan berkepimpinan yang mantap daripada ahli-ahli lembaga pengarah yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ismail.
USB telah melebarkan sayapnya untuk mencari peluang perniagaan di negeri lain di Malaysia. Setakat ini, USB telah berjaya memperolehi projek di Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor. USB telah berjaya menyiapkan dan melaksanakan projek-projek tersebut dalam masa yang ditetapkan.
Hasil kejayaan kepada usaha tersebut telah memberi sumbangan kepada keuntungan keseluruhan syarikat disamping membantu syarikat membina reputasi kukuh di negeri-negeri lain di Malaysia. Berkat sokongan kumpulan teknikal dan pentadbiran berserta hala tuju yang jelas dari ahli lembaga pengarah, USB berjaya menjadi sebuah syarikat pembinaan yang utama.
Fakta Syarikat
Sehingga Dis 2025
Visi
Menjadi sebuah syarikat Bumiputera yang memberikan perkhidmatan bertaraf antarabangsa serta mampu berdaya saing dalam industri pembinaan bagi jangka masa panjang.
Misi
Sifar Rasuah.
Ahli Lembaga Pengarah
Dato' Hj. Mohd Yusof Bin Hj. Ismail
Pengarah Urusan
Dato' Hj. Mohd Yusof Bin Hj. Ismail
Pengasas dan Pengarah Urusan Usima Sdn. Bhd. sejak 1990. Berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri pembinaan dengan kepakaran dalam projek-projek kerajaan dan ketenteraan.
Datin Safinah Bt Z Hussain Ahmad
Pengarah
Datin Safinah Bt Z Hussain Ahmad
Pengarah syarikat yang bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran. Komited dalam memastikan ketelusan dan integriti dalam setiap urusan syarikat.
En. Ahmad Rusydi
Pengurus Hal Ehwal Korporat
En. Ahmad Rusydi
Pengarah yang menyelia operasi teknikal dan pengurusan projek. Memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut piawaian kualiti tertinggi.
Puan Solehah Bt Salleh
Pengurus Teknikal & Pengurusan Pejabat
Puan Solehah Bt Salleh
Pengarah yang bertanggungjawab dalam hal ehwal korporat dan pembangunan perniagaan. Berpengalaman dalam pengurusan strategik syarikat.